IkaEikha Who Cares: Menasihati lebih baik dari mengaibkan ;)

Sunday, January 29

Menasihati lebih baik dari mengaibkan ;)

Kadang-kadang aku pelik dekat someone yang suka mengutuk , mencaci , menghina dan memaki orang lain . Ape kau tu dah cukup perfect dah ? Memburukkan nama orang lain, dan yang paling teruk mengaibkan orang .. Kesian la wei , cuba bayang korang yang kena macam tu ? Amacam ? Agak-agak best tak ? Ada rasa macam tutti frutti tak ? Ada tak ada takk ?

Aku nie jenis suka blog walking kat blog orang , dan kebanyakkan yang aku jumpa , banyak post fasal kritikan individu .. Ada setengah tu sampai letak gambar orang yang dia benci tu . #Terase ke ? Benci pun agak-agak la kan . Tak perlu kot sakitkan jari korang semata-mata nak taip post sal dia .. Sakitkan mata korang dengan letak gambar dia bagai . Tu masalah korang dengan ‘dia’, tak perlu kot nak heboh satu dunia .. Dekat facebook pun sama , perlu ke buat status bagai ? Kalau rasa yang korang tu dah hero sangat , asal tak jumpe dekat luar je ? Face to face la senang kan .. Kat situ lepas je ape yang korang nak lepas . Ape style gaduh dekat fb ? Tak gangster langsung kot -..- #terasa la tu

Menasihati lebih baik dari mengaibkan .. Semua tahu yang manusia tak perfect kan ? So buat salah kecik tu biasa la kot .. Saling menasihati kan bagus , maybe dia boley ubah yang buruk tu kepada yang baik . mengaibkan cuma dapat dosa , menasihati pulak buat amal , secara otomatik dah dapat pahala . So tak reti-reti nak beza lagi mane yang baik , mane yang buruk ? Tak perlu kot nak menunding jari sesame manusia yang dah memang sah tak perfect -,-‘

Cara menegur pun kena ambik berat .. Niat baik nak menegur , tapi tak perlu kot letak nama individu tersebut, letak gambar yang boleh memalukan dia dan story benda buruk yang boleh mengaibkan dia .. Menasihati dengan cara yang baik tanpa mengguriskan hati dan perasaan dia lebih baik kan . Setakat benda kecik tak perlu kot nak hebohheboh .. Ape , dekat media massa tu berlambak fasal zina , tangkap basah , kes pembuangan bagi dan yang sama waktu dengannya . Ade korang bising ? Kalau korang rasa yang korang tu prihatin sangat , asal tak handel je kes kes macam ni ? Asal tak post benda ni je ? Now ko nak cakap yang ko tu perfect ? Kalau ko cakap ko tak perfect , orang lain pun sama lawwei -.-

Cuba sebelum korang buat something , fikir dulu ape yang akan jadi lepas tuu .. Jangan nak layan sangat la kan perasaan marah , benci tu semua .. Jangan asyik pentingkan diri sendiri je .. Perasaan orang lain pun kena ambik tahu jugak , Aku bukan ape , kesian je dekat orang yang terkena tu . Tak dapat nak bayang kalau aku di tempat mereka :’) Entry nie tak tuju dekat sapesape pun . Sekadar renungan bersama . Yang baik kita jadikan teladan , yang buruk kite jadikan sempadan . Renung-renungkan dan selamat beramal . hahaha ..Lastly , I love you all . Thanks bebanyak-2 sebab sudi luangkan masa baca blog aku yang tak seberapa nie .Hewhew .. Muahh pipi kiri , muahh pipi kanan . Okbyeeeee (Y) Peace.


Suka Entry Nie ? Like Laa ^^,